Saturday, 25 October 2014

  Bismillahhirohmanirahim,Alhamdulillah Allah mengizinkan dan  memberi peluang kepada  diri ini bernyawa di bumi indah ciptaannya. Diriku selamat dilahirkan pada tarikh 24 Oktober 1994 pada waktu 1.45 tengah hari. Hospital Sungai Petani,Kedah Darul Aman menjadi tempat lahirnya puteri ketiga bagi pasangan bahagia iaitu Ahmad Latif bin Ahmad Latif dan Che Radziah bin Idris. Aku dilahirkan dengan berat 3.15kg dan sihat tanpa sebarang masalah. Menurut mak, selang beberapa hari setelah aku menjejakkan kaki di dunia ini,diriku mengalami demam kuning yang sangat serius. Disebabkan itu,aku terpaksa ditinggalkan di wad kuning sehingga demam reda. Aku dikelilingi lampu-lampu dan cahaya yang sangat terang untuk membasmi demam kuning. Setelah sembuh dari demam,aku diberi nama iaitu Noor Atikah bt Ahmad Latif.
                 Setelah doktor mendapati aku sihat,aku dibenarkan pulang ke rumah. Bermulalah perjalanan hidupku di rumah yang beralamat No 43,Kampung Pinang Dalam,Sungai Lalang bersama keluarga ku.  Aku merupakan anak kelima daripada enam beradik. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan di kawasan perkampungan. Ayahku atau aku memenggilnya ‘my hero’ bekerja sebagai buruh manakala emak hanya sebagai surirumah sepenuh masa. Aku mempunyai keluarga yang lengkap.  Aku mempunyai dua orang abang,dua orang kakak dan seorang adik. Alhamdullillah aku diberikan kesempatan merasai mempunyai abang,kakak,dan adik. Sewaktu kecil  hidup seharian ku kebanyakkannya dihabiskan bersama abangku yang dipanggil Baan atau nama sebenarnya Muhammad Hamirul. Setiap hari ada saja yang kami lakukan seperti bermain masak-masak. Kami dianggap kembar kerana umur kami hanya berbeza setahun.
                A ku memulakan pra sekolah di Tabika Kemas Sungai Lalang. Di situ aku dan rakan-rakan mula mengenali huruf dan nombor. Masih aku terkenangkan Cikgu Zaiton berusaha keras mengajar kami sehingga kami semua pandai membaca,menulis dan mengira. Begitu besar jasa guru tabika yang bersabar mengajar dan melayan karenah-karenah kami. Kemudian aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang selama enam tahun. Kemudian aku bersekolah menegah di Sekolah Menengah Aman Jaya di Sungai Petani Kedah. Setelah tamat bersekolah di situ,aku melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani. Alhamdulillah keputusan yang aku perolehi pada peringkat STPM melayakkan aku melangkah masuk ke menara gading. Aku dipilih untuk menjadi salah seorang mahasiswi di Universiti Utara Malaysia. Melangkah ke menara gading membuka satu lembaran baru di dalam hidup ini dan juga bermulanya satu titik permulaan untuk aku terus berusaha mencapai matlamat hidup ini. 
           Diriku tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Bagiku,hanya satu matlamat di dalam hidup ini iaitu bahagiakan kedua ibu bapa. Aku akan berusaha melakukan apa sahaja demi membahagiakan kedua ibu bapaku . Hal ini kerana,Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan bahawa redha Allah,terletak kepada redha kedua ibu bapa. 
                Terasa diri ini tidak ada kisah yang menarik untuk diceritakan apatah lagi keistimewaan diri ini. Cukuplah diri ini hidup di atas bumi ini sebagai anak yang taat dan patuh kepada kedua ibu bapa seterusnya mendapat redha yang satu. 


Sunday, 19 October 2014

Penerbitan Elektronik
Penerbitan elektronik bermaksud penerbitan yang menggunakan teknologi yang ada pada masa kini contohnya menerbitkan karya atau penulisan melalui komputer atau telefon bimbit yang boleh diakses oleh semua orang tanpa batasan.
Penerbitan Web (Web publishing)
Penerbitan web ialah penerbitan yang melibatkan internet yang lebih dikenali sebagai penerbitan dalam talian. Laman web perlu dibuat terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesuatu. Kebanyakkannya laman web dimulai dengan ‘http’ ataupun ‘html’.
Desktop publishing
Deskstop publishing ialah penerbitan yang menggunakan software yang ada di dalam komputer. Software yang ada digunakan untuk menghasilkan sesbuah penerbitan yang baik. Antara contoh software yang selalu digunakan ialah PDF, dan powerpoint.
Kewartanan rakyat
Kewartanan rakyat ialah satu proses penerbitan yang melibatkan rakyat ataupu masyarakat sekeliling. Kebiasaannya  rakyat akan terlibat dalam proses mencari maklumat, menganalis dan melaporkan berita. Maklumat-maklumat yang diberikan akan diolah dan diterbitkan.