Penerbitan Elektronik
Penerbitan elektronik bermaksud
penerbitan yang menggunakan teknologi yang ada pada masa kini contohnya
menerbitkan karya atau penulisan melalui komputer atau telefon bimbit yang
boleh diakses oleh semua orang tanpa batasan.
Penerbitan Web (Web publishing)
Penerbitan web ialah penerbitan yang
melibatkan internet yang lebih dikenali sebagai penerbitan dalam talian. Laman web
perlu dibuat terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesuatu. Kebanyakkannya laman
web dimulai dengan ‘http’ ataupun ‘html’.
Desktop publishing
Deskstop publishing ialah penerbitan yang
menggunakan software yang ada di dalam komputer. Software yang ada digunakan
untuk menghasilkan sesbuah penerbitan yang baik. Antara contoh software yang
selalu digunakan ialah PDF, dan powerpoint.
Kewartanan rakyat
Kewartanan rakyat ialah satu proses
penerbitan yang melibatkan rakyat ataupu masyarakat sekeliling. Kebiasaannya rakyat akan terlibat dalam proses mencari
maklumat, menganalis dan melaporkan berita. Maklumat-maklumat yang diberikan
akan diolah dan diterbitkan.
No comments:
Post a Comment