Monday, 16 November 2015

Usahawan yang berjaya di Kedah

A)   SATU USAHAWAN BERJAYA  DAN LIMA SIFAT KEUSAHAWANAN: TUAN HAJI SHAARANI BIN ZAKARIA

Terdapat satu perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) yang telah mula beroperasi semenjak tahun 1987 yang pada awalnya telah beroperasi hanya di sekitar kawasan utara iaitu di negeri Kedah. Perusahaan kecil dan sederhana ini adalah dalam menghasilkan produk makanan seperti kicap, sos cili dan juga cuka. Perusahaan ini telah dinamakan sebagai syarikat Mudim. Perniagaan ini turut dikenali sebagai perniagaan Mudim Zakaria dimana orang pertama yang menjadi pengasas syarikat ini adalah merupakan ahli perniagaan yang mula meniaga ubat-ubatan yang tradisional hanya secara kecil-kecilan di kawasan kampungnya yang terletak di kawasan Kedah juga yang bernama Tuan Haji Zakaria Bin Arshad.
Disebabkan beliau telah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan ini, beliau telah mula mengembangkan perniagaan mereka iaitu kepada pemprosesan kicap dan juga sos pada awalnya dan kemudiannya bertambah kepada perniagaan cuka dibawah syarikat Mudim ini. Dengan berbekalkan modal hanya sebanyak RM10,000 pada permulaan syarikat ini dimulakan, mereka tetap berjaya meletakkan nama syarikat tersebut di dalam salah satu sektor perindustrian kecil dan sederhana di Malaysia. Kejayaan awal yang mereka miliki selepas dariada beberapa tahun bermulanya syarikat ini adalah pembalikan modal yang sebanyak RM300,000 dimana peningkatan asset yang amat ketara berbanding dengan pada awal syarikat ini bermula.
Syarikat Mudim ini telah dialihkan dan diberikan tanggungjawab untuk meneruskan perniagaan tersebut kepada anak Tuan Haji Zakaria Bin Arshad itu sendiri yang bernama En. Shaarani B.Zakaria. Beliau merupakan  pelajar lepasan tingkatan enam daripada Sekolah Persatuan Belia Bimbingan yang telah mula menceburi bidang perniagaan ini sejak awal 20-an itu lagi. Beliau ini merupakan anak yang ketiga daripada lima orang adik-beradik dan telah dilahirkan pada 8 Oktober 1960. Walaupun pada ketika itu syarikat ini masih lagi dalam proses kemajuan, tapi beliau merupakan seorang yang sangat gigih dan banyak berusaha bagi syarikat ini dikenali orang ramai.
1)    MEMPUNYAI VISI (VISIONARY)
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, sifat visionary ataupun mempunyai visi perlu ada dalam diri seorang usahawan. Hal ini kerana, usahawan yang mempunyai visi ini tahu hala tuju yang ingin dicapai berdasarkan objektif dan matlamat yang dirangka. Usahawan yang mempunyai visi membuat perancangan bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi juga untuk jangka masa panjang bagi mencapai matlamat dan visi organisasinya. Sifat usahawan yang mempunyai visi ini dapat dilihat dalam diri Tuan Haji Shaarani bin Zakaria iaitu pengurus Perniagaan Mudim Zakaria (MUDIM).
Di awal usia 20-an, En. Shaarani telah menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada bapanya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan dan mempunyai untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya yang mendalam terhadap  pengeluarankicap dan sos, bapanya,Tuan Haji Zakaria bin Arshad memberi beliau galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. En. Shaarani mempunyai visi untuk menjadikan produk Mudim sebagai pengeluar produk yang berkualiti tinggi dan HALAL untuk pasaran dalam dan luar Negara. Beliau menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA, FAMA dan SIRIM serta menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produk Mudim bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Ini membuktikan En. Shaarani telah berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ di pasaran global malah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London - United Kingdom dan Arab Saudi. Hal ini membuktikan bahawa sifat mempunyai visi En. Shaarani Berjaya menjadikan produk Mudim untuk mencapai pasaran luar Negara Berjaya.



2)    KEGAGALAN ADALAH PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)
Usahawan yang mencapai kejayaan tidak semestinya merasai kejayaan tanpa kegagalan. Kebanyakan usahawan yang terlibat dalam dunia perniagaan akan menghadapi kegagalan sebelum kejayaan. Dan ada juga diantara mereka yang terpaksa menghadapi pelbagai jenis dugaan ketika perniagaan ini dilaksanakan. Usahawan boleh menjadikan diri mereka lebih berhati-hati dan bekerja keras ke arah kejayaan dan mengambil pengajaran yang baik dan peringatan kepada diri sendiri dan orang lain untuk digunakan sebagai panduan untuk masa depan.
Apa yang boleh dilihat daripada usahawan perniagaan Mudim ini adalah, apabila melibatkan sesuatu penghasilan produk semestinya akan mempunyai terlalu banyak persaingain sebagai contohnya perniagaan kicap juga iaitu kicap cap Kipas Udang dimana turut juga merupakan suatu perniagaan yang terkenal dalam sektor ini. Oleh itu, apabila terdapat persaingan yang hebat maka pengusaha Mudim ini sendiri akan mencari jalan atau alternatif lain bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka dan apabila pembalikan modal itu kemungkinannya tidak tinggi seperti bulan-bulan sebelum ini tidak akan membuat mereka tertekan atau berputus asa kerana kegagalan sememangnya telah menjadi sesuatu yang pasti di dalam bidang perniagaan ini.

3)    MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
Open risk taker atau berani mengambil risiko merupakan ciri yang perlu ada dalam diri ushawan untuk berjaya. Kebanyakkan usahawan yang berjaya berani mengambil risiko dan menghadapi kegagalan begitu juga dengan pengasas Mudim iaitu Tuan Haji Zakaria bin Arshad dan disambung oleh anak ketiga beliau. Perniagaan Mudim yang semakin berkembang maju ini dahulunya hanyalah bermula sebagai pengeluar ubat-ubatan secara kecil-kecilan yang diuruskan oleh pengasasnya sendiri iaitu Tuan Haji Zakaria bin arshad. Namun begitu, Haji Zakaria mempunyai visi untuk lebih berjaya bukan hanya sebagai pengeluar ubat kecil-kecilan. Dalam usaha mengembangkan perniagaannya, Haji Zakaria seorang yang berani mengambil risiko dengan menukar bidang dari mengeluarkan ubat-ubatan secara kecil-kecilan kepada pengeluaran produk makanan. Oleh kerana itu, beliau mula mengeluarkan produk makanan seperti kicap,sos dan cuka di bawah perniagaan MUDIM.
Walaupun terdapat banyak persaingan dalam pembuatan sos, kicap dan cuka, beliau tetap dengan beraninya mengambil risiko memasarkan produk keluaran perniagaan beliau hanya bermodalkan sebanyak RM10000 pada awal perniagaan Mudim. Oleh kerana beliau berani mengambil risiko dengan hanya bermodalkan yang sedikit, perniagaan beliau kini telah mengumpulkan asset sebanyak RM300,000. Selain daripada itu, pengendali syarikat MUDIM juga berani mengambil risiko memasarkan produk ke seluruh negara walaupun terdapat banyak syarikat yang mengeluarkan produk yang sama. Usaha mereka berhasil kerana kini, produk MUDIM semakin mendapat perhatian masyarakat.

4)    PEMERHATIAN (OBSERVANT)
Encik Shaarani merupakan anak ketiga kepada Tuan Haji Zakaria bin Arshad yang mula-mula mengasaskan syarikat MUDIM. Tuan Haji Zakaria memberi kepercayaan kepada anak beliau bagi meneruskan perusahaan yang telah dijalankan oleh beliau. Di awal usia 20-an, Encik Shaarani telah menceburkan diri beliau di dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada bapa beliau. Beliau berminat dalam bidang perniagaan dan ingin meneruskan perniagaan bapa beliau kerana dari kecil beliau sudah didedahkan dengan perniagaan. Beliau memerhati usaha bapa beliau untuk membangunkan perniagaan dan secara tidak langsung telah menarik minat Encik Shaarani di dalam dunia perniagaan.
Beliau begitu bersungguh-sungguh terhadap setiap kerja yang dilakukan dan beliau telah menghadiri pelbagai kursus seperti MARDI,FAMA, SIRIM dan sebagainya. Hal ini telah diperhati oleh bapa beliau lalu bapa beliau memberi galakan dan sokongan kepada beliau dalam pengeluaran kicap dan sos MUDIM. Berkat dari restu ibu dan bapa, beliau kini digelar sebagai usahawan bumiputera yang mengeluarkan produk kicap,sos dan cuka MUDIM. Beliau telah berjaya dalam menempatkan perniagaan MUDIM di kalangan pesaing di dalam Malaysia. Dengan sokongan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (MDTCA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MARDI, MUDIM akan terus mantap dan terus maju ke hadapan dengan bertujuan meraih peluang-peluang yang akan memberikan keuntungan kepada MUDIM di pasaran sehingga ke luar negara.

5)    PROAKTIF (PROACTIVE)
Setelah syarikat MUDIM ini diambil alih oleh  anaknya, En. Shaarani juga turut mewarisi kelebihan usahawan yang proaktif yang terdapat pada Tuan Haji Zakaria. Walupun ketika itu hanya perniagaan keluarga yang diusahakan secara kecil - kecilan, beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan  dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya yang mendalam terhadap  pengeluaran kicap dan sos, bapanya memberi beliau galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut.
Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, En. Shaarani telah menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produkMUDIM bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Ini membuktikan En. Shaarani telah berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ di pasaran global.Kini, En. Shaarani merupakan usahawan bumiputera yang berjaya menjadi pengeluar kicap, sos, dan cuka. Beliau juga berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’sebaris dengan pesaing yang lain di pasaran.


Wednesday, 17 December 2014

Bismillahirahmanirahim
            Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog sekalian.  Penulisan kali ini bertujuan untuk menceritakan sedikit sebanyak mengenai salah satu kelas saya iaitu kelas Pengantar Penulisan.  Subjek ini merupakan salah satu subjek yang tidak memerlukan peperiksaan akhir. Markah keseluruhan subjek ini bergantung sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah di dalam kelas. Pada mulanya, saya dan rakan-rakan memilih untuk mengikuti subjek ini kerana tidak perlu mengambil peperiksaan akhir. Ternyata pilihan kami tidak salah kerana mengikuti kelas subjek ini memberikan banyak manfaat kepada kami semua.
            Alhamdulillah kami dipertemukan dengan pensyarah yang baik hati iaitu Dr. Rohizah bt Halim. Sepanjang kelas yang telah dijalankan, beliau bertungkus lumus mengajar dan menerangkan kepada kami mengenai subjek ini. Pengalaman yang beliau ada merupakan salah satu kelebihan kepada kami kerana kami berkesempatan menanyakan banyak hal kepadanya. Objektif utama subjek ini adalah untuk menerangkan cara penulisan yang baik. Sebagai seorang pelajar universiti, penting untuk mengetahui cara penulisan yang baik. Hal ini kerana, lumrah pelajar universiti diberikan tugasan oleh pensyarah dan tugasan itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin kerana melibatkan markah. Subjek ini sangat-sangat membantu terutamanya kepada pelajar-pelajar semester satu seperti saya yang baru memasuki alam di menara gading. Saya dapat mengetahui tentang cara untuk menulis dengan  baik. Antara maklumat yang paling berguna yang saya dapati ialah cara penulisan tugasan mengikut system gaya APA.
            Seperti yang diketahui, gaya APA  merupakan gaya utama yang digunakan dalam penulisan tugasan di universiti. Sebagai pelajar semester satu saya langsung tidak mengetahui tentang sistem ini. Namun Dr Rohizah berusaha menerangkan kepada kami sehingga kami dapat memahami sistem ini. Selain daripada itu, latihan-latihan yang diberikan juga dapat membantu kami dalam memahami subjek ini. Selain daripada penulisan gaya APA, terdapat banyak lagi yang kami perolehi daripada kelas subjek Pengantar Penulisan ini. Semua yang kami perolehi membantu kami dalam mnyediakan tugasan yang terbaik.
            Seterusnya, melalui subjek ini kami diberikan dua tugasan iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu. Kami diarahkan untuk menulis tentang tokoh untuk tugasan berkumpulan manakala tugasan individu pula kami diarahkan untuk menulis penulisan mengenai patriotisme. Alhamdulillah sewaktu tugasan dilakukan, Dr Rohizah sangat-sangat membantu memberikan pendapat sehingga kami berjaya menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut.




Sunday, 14 December 2014

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM
            Tugasan individu yang diberikan kepada kami ialah ‘Patriotisme’ . Tajuk yang diberikan agak umum. Kami dibenarkan menulis apa sahaja perkara yang berkaitan dengan patriotisme. Setelah difikirkan saya memilih untuk tajuk ‘ Peranan penulisan dalam melahirkan semangat patriotisme’. Saya memilih tajuk ini kerana ingin mengkaji peranan penulisan dalam melahirkan semangat patriotisme.  Dalam tugasan ini, saya menceritakan perjuangan-perjuangan tokoh terdahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan tanah air melalui penulisan dan keajaiban penulisan yang mampu memangkin semangat yang membara.  Kebanyakkan tokoh yang berjuang melalui penulisan ini merupakan tokoh yang berpendidikan dan digelar golongan intelektual. Kebanyakkan tokoh ini terpengaruh dengan perjuangan Islam di Timur. Antara medium yang digunakan  untuk perjuangan intelektual ini ialah akhbar dan majalah. Antara majalah yang sering digunakan ialah Al- Islah manakala akhbar Ialah Utusan.  Golongan intelektual ini menulisa tentang beberapa perkara yang boleh membangkitkan semangat patriotism di kalangan rakyat pada ketika itu untuk menentang penjajahan dan membebaskan negara.
            Pada masa kini perjuangan itu telah berubah. Pada masa kini kebanyakkan penulis menggunakan medium sajak, syair dan sebagainya dalam melahirkan semangat patriotisme. Bahasa yang digunakan dalam sajak dan syair berkenan adalah bahasa yang puitis dan dapat menimbulkan semangat apabila pembaca membacanya. Berikut merupakan antara contoh sajak yang dapat melahirkan semangat patriotisme :
PAHLAWAN KEMERDEKAAN
Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat

namamu terukir di jantung rakyat.

Friday, 12 December 2014

Sistem maklumat APA adalah singkatan kepada  American phycological Assiocation.  APA ialah satu set peraturan yang memudahkan para pembaca untuk merujuk untuk pemahaman para pembaca. Sistem ini menitikberatkan tentang margin, ruang, dan jenis huruf. Sistem dokumentasi APA selalunya digunakan di dalam bidang pendidikan, ekonomi, psikologi, sains sosial, sains politik dan antrapologi. Melalui sistem ini, tahun terbitan diberikan perhatian kerana mengutamakan terbitan semasa.  Selain daripada itu, nama semua pengarang dalam senarai rujuk perlu dicatat sebagai penghargaan atas usaha mereka menulis buku tersebut.
Seterusnya, sistem APA memberi beberapa panduan yang perlu diikuti secara tepat. Contohnya penulis perlu melangkau dua baris untuk setiap perkara dalam manuskrip. Namun begitu, IPT di Malaysia telah membuat beberapa perubahan dalam system APA ini. Antaranya ialah nama orang melayu tidak boleh ditulis mengikut system APA yang sebenar tetapi diubah bersesuaian dengan nama dan budaya orang timur. Contohnya ialah Jamilah Hassan tidak ditulis sebagai Hassan J. kerana Hassan merupakan nama bapa penulis dan bukan nama penulis.  Contoh cara penulisan yang betul mengikut gaya APA :
Nama pengarang : Charles J. Steward dan William B. Cash
Judul buku : Interviewing Principles and Practices
Tahun terbit : 2003
Nama penerbit : McGraw Hill
Tempat terbit : Boston
Cara untuk menulis :

Steward, C.J & Cash W. B  (2003). Interviewing principles and practises. McGrawHill, Boston.

Tuesday, 25 November 2014

Setelah mendapatkan kata persetujuan daripada semua ahli kumpulan, kami sepakat untuk memilih Haji Mohd Lazim bin Abu Bakar sebagai tokoh untuk diceritakan. kami memilih tema 'Jambatan kesejahteraan rakyat’  untuk penulisan ini. Tema ini dipilih kerana beliau merupakan tokoh atau orang penting dalam membawa kesejahteraan rakyat. Pelbagai pengorbanan dan sumbangan yang telah beliau lakukan untuk menjamin kesejahteraan penduduk kampung tersebut selama beliau bergelar ketua kampung di Kampung Sri Paya.
Alhamdullilah kami diberi kesempatan berjumpa tokoh di Kulim, Kedah sewaktu beliau melawat ahli keluarga di situ. Semasa pertemuan dengan beliau, dapat dilihat bahawa beliau mempunyai ciri-ciri kepImpinan yang tinggi. Melalui cara percakapan beliau sahaja dapat dilihat beliau merupakan seorang yang berwibawa. Beliau sedia meluangkan masa menjawab persoalan-persoalan yang diajukan walaupun beliau mempunyai banyak tugasan yang lain. Melalui ini, jelas dilihat bahawa beliau seorang yang mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat.
Antara soalan yang diajukan kepada beliau ialah sumbangan yang telah beliau lakukan untuk memajukan kampung tersebut. Melalui jawapan yang diberikan , dapat disimpulkan bahawa terlalu banyak sumbangan yang telah beliau lakukan, antaranya ialah beliau telah memulakan perusahaan inap desa di kampung tersebut. Selain daripada itu, beliau juga telah mengusahakan gelanggang futsal di kampung tersebut.  Selain daripada itu, beberapa soalan peribadi juga ditanya. Beliau langsung tidak kekok untuk menjawab soalan kami.


Setelah selesai menanyakan semua soalan, beliau sempat berpesan kepada kami supaya menjadi anak muda yang berguna kepada masyarakat. Tokoh juga berpesan kepada kami supaya menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapa. Ternyata tokoh merupakan pemimpin yang layak digelar pemimpin dan dijadikan idola oleh anak muda.  

Thursday, 20 November 2014

Tugasan berkumpulan

Bismillahirahmanirahim
            Tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah subjek pengantar penulisan ialah penulisan bibliografi mengenai seorang tokoh. Tugasan ini agak sukar kerana kami diberi arahan supaya menulis mengenai tokoh yang belum pernah ditulis bibliografinya oleh mana-mana penulis. Kami dikehendaki menyertakan sebab dan musabab yang kukuh apabila memilih seorang tokoh. Tokoh pertama yang dipilih ialah seorang budak lelaki OKU iaitu seorang budak yang kurang upaya. Kami memilih tokoh ini kerana atas dasar kesungguhannya untuk berdikari walaupun beliau merupakan seorang yang kurang upaya.  Semasa pemerhatian yang dibuat sewaktu kami mengunjungi rumah beliau, didapati bahawa beliau merupakan seorang yang bersemangat kental kerana beliau tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk bergerak. Selain daripada itu, nasib malang yang ditimpa oleh belau juga merupakan salah satu sebab mengapa kami memilih untuk menulis bibliografi beliau. Nasib malang yang dimaksudkan ialah, semasa beliau dilahirkan, beliau merupakan seorang yang normal. Namun begitu pada umur 2 tahun, jururawat telah menyuntik ubat yang salah ke dalam badan beliau menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal.
            Apabila dibentangkan mengenai beliau, pensyarah kami tidak begitu bersetuju dengan pemilihan tokoh kami disebabkan beberapa faktor. Oleh disebabkan itu, kami beralih kepada tokoh kedua. Tokoh kedua yang dipilih ialah pengarah kesihatan Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia. Kami berminat untuk menulis mengenai beliau kerana ingin mengetahui usaha-usaha yang beliau lakukan sehingga bergelar doctor yang berjaya. Namun semasa kami ingin menemu ramah beliau, beliau sedang dalam cuti bersalin. Jadi niat kami terbantut di situ dan terpaksa mencari tokoh yang lain.


            Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tokoh Haji Mohd Lazim bin Abu Bakar. Tokoh dipilih atas dasar sumbangan-sumbangan yang beliau lakukan untuk memajukan kampung halaman beliau dan usaha beliau untuk memastikan kesejahteraan penduduk-penduduk kampung. Beliau merupakan seorang tokoh yang patut dikagui kerana beliau berjaya memajukan kampung tersebut.

Saturday, 25 October 2014

  Bismillahhirohmanirahim,Alhamdulillah Allah mengizinkan dan  memberi peluang kepada  diri ini bernyawa di bumi indah ciptaannya. Diriku selamat dilahirkan pada tarikh 24 Oktober 1994 pada waktu 1.45 tengah hari. Hospital Sungai Petani,Kedah Darul Aman menjadi tempat lahirnya puteri ketiga bagi pasangan bahagia iaitu Ahmad Latif bin Ahmad Latif dan Che Radziah bin Idris. Aku dilahirkan dengan berat 3.15kg dan sihat tanpa sebarang masalah. Menurut mak, selang beberapa hari setelah aku menjejakkan kaki di dunia ini,diriku mengalami demam kuning yang sangat serius. Disebabkan itu,aku terpaksa ditinggalkan di wad kuning sehingga demam reda. Aku dikelilingi lampu-lampu dan cahaya yang sangat terang untuk membasmi demam kuning. Setelah sembuh dari demam,aku diberi nama iaitu Noor Atikah bt Ahmad Latif.
                 Setelah doktor mendapati aku sihat,aku dibenarkan pulang ke rumah. Bermulalah perjalanan hidupku di rumah yang beralamat No 43,Kampung Pinang Dalam,Sungai Lalang bersama keluarga ku.  Aku merupakan anak kelima daripada enam beradik. Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan di kawasan perkampungan. Ayahku atau aku memenggilnya ‘my hero’ bekerja sebagai buruh manakala emak hanya sebagai surirumah sepenuh masa. Aku mempunyai keluarga yang lengkap.  Aku mempunyai dua orang abang,dua orang kakak dan seorang adik. Alhamdullillah aku diberikan kesempatan merasai mempunyai abang,kakak,dan adik. Sewaktu kecil  hidup seharian ku kebanyakkannya dihabiskan bersama abangku yang dipanggil Baan atau nama sebenarnya Muhammad Hamirul. Setiap hari ada saja yang kami lakukan seperti bermain masak-masak. Kami dianggap kembar kerana umur kami hanya berbeza setahun.
                A ku memulakan pra sekolah di Tabika Kemas Sungai Lalang. Di situ aku dan rakan-rakan mula mengenali huruf dan nombor. Masih aku terkenangkan Cikgu Zaiton berusaha keras mengajar kami sehingga kami semua pandai membaca,menulis dan mengira. Begitu besar jasa guru tabika yang bersabar mengajar dan melayan karenah-karenah kami. Kemudian aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang selama enam tahun. Kemudian aku bersekolah menegah di Sekolah Menengah Aman Jaya di Sungai Petani Kedah. Setelah tamat bersekolah di situ,aku melanjutkan pelajaran ke peringkat pra universiti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani. Alhamdulillah keputusan yang aku perolehi pada peringkat STPM melayakkan aku melangkah masuk ke menara gading. Aku dipilih untuk menjadi salah seorang mahasiswi di Universiti Utara Malaysia. Melangkah ke menara gading membuka satu lembaran baru di dalam hidup ini dan juga bermulanya satu titik permulaan untuk aku terus berusaha mencapai matlamat hidup ini. 
           Diriku tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Bagiku,hanya satu matlamat di dalam hidup ini iaitu bahagiakan kedua ibu bapa. Aku akan berusaha melakukan apa sahaja demi membahagiakan kedua ibu bapaku . Hal ini kerana,Nabi Muhammad s.a.w pernah berpesan bahawa redha Allah,terletak kepada redha kedua ibu bapa. 
                Terasa diri ini tidak ada kisah yang menarik untuk diceritakan apatah lagi keistimewaan diri ini. Cukuplah diri ini hidup di atas bumi ini sebagai anak yang taat dan patuh kepada kedua ibu bapa seterusnya mendapat redha yang satu.