Tuesday, 25 November 2014

Setelah mendapatkan kata persetujuan daripada semua ahli kumpulan, kami sepakat untuk memilih Haji Mohd Lazim bin Abu Bakar sebagai tokoh untuk diceritakan. kami memilih tema 'Jambatan kesejahteraan rakyat’  untuk penulisan ini. Tema ini dipilih kerana beliau merupakan tokoh atau orang penting dalam membawa kesejahteraan rakyat. Pelbagai pengorbanan dan sumbangan yang telah beliau lakukan untuk menjamin kesejahteraan penduduk kampung tersebut selama beliau bergelar ketua kampung di Kampung Sri Paya.
Alhamdullilah kami diberi kesempatan berjumpa tokoh di Kulim, Kedah sewaktu beliau melawat ahli keluarga di situ. Semasa pertemuan dengan beliau, dapat dilihat bahawa beliau mempunyai ciri-ciri kepImpinan yang tinggi. Melalui cara percakapan beliau sahaja dapat dilihat beliau merupakan seorang yang berwibawa. Beliau sedia meluangkan masa menjawab persoalan-persoalan yang diajukan walaupun beliau mempunyai banyak tugasan yang lain. Melalui ini, jelas dilihat bahawa beliau seorang yang mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat.
Antara soalan yang diajukan kepada beliau ialah sumbangan yang telah beliau lakukan untuk memajukan kampung tersebut. Melalui jawapan yang diberikan , dapat disimpulkan bahawa terlalu banyak sumbangan yang telah beliau lakukan, antaranya ialah beliau telah memulakan perusahaan inap desa di kampung tersebut. Selain daripada itu, beliau juga telah mengusahakan gelanggang futsal di kampung tersebut.  Selain daripada itu, beberapa soalan peribadi juga ditanya. Beliau langsung tidak kekok untuk menjawab soalan kami.


Setelah selesai menanyakan semua soalan, beliau sempat berpesan kepada kami supaya menjadi anak muda yang berguna kepada masyarakat. Tokoh juga berpesan kepada kami supaya menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapa. Ternyata tokoh merupakan pemimpin yang layak digelar pemimpin dan dijadikan idola oleh anak muda.  

Thursday, 20 November 2014

Tugasan berkumpulan

Bismillahirahmanirahim
            Tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah subjek pengantar penulisan ialah penulisan bibliografi mengenai seorang tokoh. Tugasan ini agak sukar kerana kami diberi arahan supaya menulis mengenai tokoh yang belum pernah ditulis bibliografinya oleh mana-mana penulis. Kami dikehendaki menyertakan sebab dan musabab yang kukuh apabila memilih seorang tokoh. Tokoh pertama yang dipilih ialah seorang budak lelaki OKU iaitu seorang budak yang kurang upaya. Kami memilih tokoh ini kerana atas dasar kesungguhannya untuk berdikari walaupun beliau merupakan seorang yang kurang upaya.  Semasa pemerhatian yang dibuat sewaktu kami mengunjungi rumah beliau, didapati bahawa beliau merupakan seorang yang bersemangat kental kerana beliau tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk bergerak. Selain daripada itu, nasib malang yang ditimpa oleh belau juga merupakan salah satu sebab mengapa kami memilih untuk menulis bibliografi beliau. Nasib malang yang dimaksudkan ialah, semasa beliau dilahirkan, beliau merupakan seorang yang normal. Namun begitu pada umur 2 tahun, jururawat telah menyuntik ubat yang salah ke dalam badan beliau menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal.
            Apabila dibentangkan mengenai beliau, pensyarah kami tidak begitu bersetuju dengan pemilihan tokoh kami disebabkan beberapa faktor. Oleh disebabkan itu, kami beralih kepada tokoh kedua. Tokoh kedua yang dipilih ialah pengarah kesihatan Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia. Kami berminat untuk menulis mengenai beliau kerana ingin mengetahui usaha-usaha yang beliau lakukan sehingga bergelar doctor yang berjaya. Namun semasa kami ingin menemu ramah beliau, beliau sedang dalam cuti bersalin. Jadi niat kami terbantut di situ dan terpaksa mencari tokoh yang lain.


            Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tokoh Haji Mohd Lazim bin Abu Bakar. Tokoh dipilih atas dasar sumbangan-sumbangan yang beliau lakukan untuk memajukan kampung halaman beliau dan usaha beliau untuk memastikan kesejahteraan penduduk-penduduk kampung. Beliau merupakan seorang tokoh yang patut dikagui kerana beliau berjaya memajukan kampung tersebut.