Wednesday, 17 December 2014

Bismillahirahmanirahim
            Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog sekalian.  Penulisan kali ini bertujuan untuk menceritakan sedikit sebanyak mengenai salah satu kelas saya iaitu kelas Pengantar Penulisan.  Subjek ini merupakan salah satu subjek yang tidak memerlukan peperiksaan akhir. Markah keseluruhan subjek ini bergantung sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah di dalam kelas. Pada mulanya, saya dan rakan-rakan memilih untuk mengikuti subjek ini kerana tidak perlu mengambil peperiksaan akhir. Ternyata pilihan kami tidak salah kerana mengikuti kelas subjek ini memberikan banyak manfaat kepada kami semua.
            Alhamdulillah kami dipertemukan dengan pensyarah yang baik hati iaitu Dr. Rohizah bt Halim. Sepanjang kelas yang telah dijalankan, beliau bertungkus lumus mengajar dan menerangkan kepada kami mengenai subjek ini. Pengalaman yang beliau ada merupakan salah satu kelebihan kepada kami kerana kami berkesempatan menanyakan banyak hal kepadanya. Objektif utama subjek ini adalah untuk menerangkan cara penulisan yang baik. Sebagai seorang pelajar universiti, penting untuk mengetahui cara penulisan yang baik. Hal ini kerana, lumrah pelajar universiti diberikan tugasan oleh pensyarah dan tugasan itu perlu dilakukan dengan sebaik mungkin kerana melibatkan markah. Subjek ini sangat-sangat membantu terutamanya kepada pelajar-pelajar semester satu seperti saya yang baru memasuki alam di menara gading. Saya dapat mengetahui tentang cara untuk menulis dengan  baik. Antara maklumat yang paling berguna yang saya dapati ialah cara penulisan tugasan mengikut system gaya APA.
            Seperti yang diketahui, gaya APA  merupakan gaya utama yang digunakan dalam penulisan tugasan di universiti. Sebagai pelajar semester satu saya langsung tidak mengetahui tentang sistem ini. Namun Dr Rohizah berusaha menerangkan kepada kami sehingga kami dapat memahami sistem ini. Selain daripada itu, latihan-latihan yang diberikan juga dapat membantu kami dalam memahami subjek ini. Selain daripada penulisan gaya APA, terdapat banyak lagi yang kami perolehi daripada kelas subjek Pengantar Penulisan ini. Semua yang kami perolehi membantu kami dalam mnyediakan tugasan yang terbaik.
            Seterusnya, melalui subjek ini kami diberikan dua tugasan iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu. Kami diarahkan untuk menulis tentang tokoh untuk tugasan berkumpulan manakala tugasan individu pula kami diarahkan untuk menulis penulisan mengenai patriotisme. Alhamdulillah sewaktu tugasan dilakukan, Dr Rohizah sangat-sangat membantu memberikan pendapat sehingga kami berjaya menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut.




Sunday, 14 December 2014

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM
            Tugasan individu yang diberikan kepada kami ialah ‘Patriotisme’ . Tajuk yang diberikan agak umum. Kami dibenarkan menulis apa sahaja perkara yang berkaitan dengan patriotisme. Setelah difikirkan saya memilih untuk tajuk ‘ Peranan penulisan dalam melahirkan semangat patriotisme’. Saya memilih tajuk ini kerana ingin mengkaji peranan penulisan dalam melahirkan semangat patriotisme.  Dalam tugasan ini, saya menceritakan perjuangan-perjuangan tokoh terdahulu yang berjuang mendapatkan kemerdekaan tanah air melalui penulisan dan keajaiban penulisan yang mampu memangkin semangat yang membara.  Kebanyakkan tokoh yang berjuang melalui penulisan ini merupakan tokoh yang berpendidikan dan digelar golongan intelektual. Kebanyakkan tokoh ini terpengaruh dengan perjuangan Islam di Timur. Antara medium yang digunakan  untuk perjuangan intelektual ini ialah akhbar dan majalah. Antara majalah yang sering digunakan ialah Al- Islah manakala akhbar Ialah Utusan.  Golongan intelektual ini menulisa tentang beberapa perkara yang boleh membangkitkan semangat patriotism di kalangan rakyat pada ketika itu untuk menentang penjajahan dan membebaskan negara.
            Pada masa kini perjuangan itu telah berubah. Pada masa kini kebanyakkan penulis menggunakan medium sajak, syair dan sebagainya dalam melahirkan semangat patriotisme. Bahasa yang digunakan dalam sajak dan syair berkenan adalah bahasa yang puitis dan dapat menimbulkan semangat apabila pembaca membacanya. Berikut merupakan antara contoh sajak yang dapat melahirkan semangat patriotisme :
PAHLAWAN KEMERDEKAAN
Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat

namamu terukir di jantung rakyat.

Friday, 12 December 2014

Sistem maklumat APA adalah singkatan kepada  American phycological Assiocation.  APA ialah satu set peraturan yang memudahkan para pembaca untuk merujuk untuk pemahaman para pembaca. Sistem ini menitikberatkan tentang margin, ruang, dan jenis huruf. Sistem dokumentasi APA selalunya digunakan di dalam bidang pendidikan, ekonomi, psikologi, sains sosial, sains politik dan antrapologi. Melalui sistem ini, tahun terbitan diberikan perhatian kerana mengutamakan terbitan semasa.  Selain daripada itu, nama semua pengarang dalam senarai rujuk perlu dicatat sebagai penghargaan atas usaha mereka menulis buku tersebut.
Seterusnya, sistem APA memberi beberapa panduan yang perlu diikuti secara tepat. Contohnya penulis perlu melangkau dua baris untuk setiap perkara dalam manuskrip. Namun begitu, IPT di Malaysia telah membuat beberapa perubahan dalam system APA ini. Antaranya ialah nama orang melayu tidak boleh ditulis mengikut system APA yang sebenar tetapi diubah bersesuaian dengan nama dan budaya orang timur. Contohnya ialah Jamilah Hassan tidak ditulis sebagai Hassan J. kerana Hassan merupakan nama bapa penulis dan bukan nama penulis.  Contoh cara penulisan yang betul mengikut gaya APA :
Nama pengarang : Charles J. Steward dan William B. Cash
Judul buku : Interviewing Principles and Practices
Tahun terbit : 2003
Nama penerbit : McGraw Hill
Tempat terbit : Boston
Cara untuk menulis :

Steward, C.J & Cash W. B  (2003). Interviewing principles and practises. McGrawHill, Boston.