Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog sekalian. Penulisan kali ini bertujuan untuk
menceritakan sedikit sebanyak mengenai salah satu kelas saya iaitu kelas
Pengantar Penulisan. Subjek ini
merupakan salah satu subjek yang tidak memerlukan peperiksaan akhir. Markah
keseluruhan subjek ini bergantung sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan oleh
pensyarah di dalam kelas. Pada mulanya, saya dan rakan-rakan memilih untuk
mengikuti subjek ini kerana tidak perlu mengambil peperiksaan akhir. Ternyata
pilihan kami tidak salah kerana mengikuti kelas subjek ini memberikan banyak
manfaat kepada kami semua.
Alhamdulillah kami dipertemukan
dengan pensyarah yang baik hati iaitu Dr. Rohizah bt Halim. Sepanjang kelas
yang telah dijalankan, beliau bertungkus lumus mengajar dan menerangkan kepada
kami mengenai subjek ini. Pengalaman yang beliau ada merupakan salah satu kelebihan kepada kami kerana kami berkesempatan menanyakan banyak hal kepadanya. Objektif utama subjek ini adalah untuk menerangkan
cara penulisan yang baik. Sebagai seorang pelajar universiti, penting untuk
mengetahui cara penulisan yang baik. Hal ini kerana, lumrah pelajar universiti
diberikan tugasan oleh pensyarah dan tugasan itu perlu dilakukan dengan sebaik
mungkin kerana melibatkan markah. Subjek ini sangat-sangat membantu terutamanya
kepada pelajar-pelajar semester satu seperti saya yang baru memasuki alam di
menara gading. Saya dapat mengetahui tentang cara untuk menulis dengan baik. Antara maklumat yang paling berguna yang
saya dapati ialah cara penulisan tugasan mengikut system gaya APA.
Seperti yang diketahui, gaya
APA merupakan gaya utama yang digunakan
dalam penulisan tugasan di universiti. Sebagai pelajar semester satu saya
langsung tidak mengetahui tentang sistem ini. Namun Dr Rohizah berusaha menerangkan
kepada kami sehingga kami dapat memahami sistem ini. Selain daripada itu,
latihan-latihan yang diberikan juga dapat membantu kami dalam memahami subjek
ini. Selain daripada penulisan gaya APA, terdapat banyak lagi yang kami
perolehi daripada kelas subjek Pengantar Penulisan ini. Semua yang kami
perolehi membantu kami dalam mnyediakan tugasan yang terbaik.
Seterusnya, melalui subjek ini kami
diberikan dua tugasan iaitu tugasan berkumpulan dan tugasan individu. Kami diarahkan
untuk menulis tentang tokoh untuk tugasan berkumpulan manakala tugasan individu
pula kami diarahkan untuk menulis penulisan mengenai patriotisme. Alhamdulillah
sewaktu tugasan dilakukan, Dr Rohizah sangat-sangat membantu memberikan
pendapat sehingga kami berjaya menyelesaikan tugasan-tugasan tersebut.