Thursday, 20 November 2014

Tugasan berkumpulan

Bismillahirahmanirahim
            Tugasan kumpulan yang diberikan oleh pensyarah subjek pengantar penulisan ialah penulisan bibliografi mengenai seorang tokoh. Tugasan ini agak sukar kerana kami diberi arahan supaya menulis mengenai tokoh yang belum pernah ditulis bibliografinya oleh mana-mana penulis. Kami dikehendaki menyertakan sebab dan musabab yang kukuh apabila memilih seorang tokoh. Tokoh pertama yang dipilih ialah seorang budak lelaki OKU iaitu seorang budak yang kurang upaya. Kami memilih tokoh ini kerana atas dasar kesungguhannya untuk berdikari walaupun beliau merupakan seorang yang kurang upaya.  Semasa pemerhatian yang dibuat sewaktu kami mengunjungi rumah beliau, didapati bahawa beliau merupakan seorang yang bersemangat kental kerana beliau tidak mengharapkan bantuan orang lain untuk bergerak. Selain daripada itu, nasib malang yang ditimpa oleh belau juga merupakan salah satu sebab mengapa kami memilih untuk menulis bibliografi beliau. Nasib malang yang dimaksudkan ialah, semasa beliau dilahirkan, beliau merupakan seorang yang normal. Namun begitu pada umur 2 tahun, jururawat telah menyuntik ubat yang salah ke dalam badan beliau menyebabkan beliau mengalami kecacatan kekal.
            Apabila dibentangkan mengenai beliau, pensyarah kami tidak begitu bersetuju dengan pemilihan tokoh kami disebabkan beberapa faktor. Oleh disebabkan itu, kami beralih kepada tokoh kedua. Tokoh kedua yang dipilih ialah pengarah kesihatan Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia. Kami berminat untuk menulis mengenai beliau kerana ingin mengetahui usaha-usaha yang beliau lakukan sehingga bergelar doctor yang berjaya. Namun semasa kami ingin menemu ramah beliau, beliau sedang dalam cuti bersalin. Jadi niat kami terbantut di situ dan terpaksa mencari tokoh yang lain.


            Akhirnya kami memutuskan untuk memilih tokoh Haji Mohd Lazim bin Abu Bakar. Tokoh dipilih atas dasar sumbangan-sumbangan yang beliau lakukan untuk memajukan kampung halaman beliau dan usaha beliau untuk memastikan kesejahteraan penduduk-penduduk kampung. Beliau merupakan seorang tokoh yang patut dikagui kerana beliau berjaya memajukan kampung tersebut.

No comments:

Post a Comment