Setelah
mendapatkan kata persetujuan daripada semua ahli kumpulan, kami sepakat untuk
memilih Haji Mohd Lazim bin Abu Bakar sebagai tokoh untuk diceritakan. kami
memilih tema 'Jambatan kesejahteraan rakyat’ untuk penulisan ini. Tema ini dipilih kerana
beliau merupakan tokoh atau orang penting dalam membawa kesejahteraan rakyat. Pelbagai
pengorbanan dan sumbangan yang telah beliau lakukan untuk menjamin
kesejahteraan penduduk kampung tersebut selama beliau bergelar ketua kampung di
Kampung Sri Paya.
Alhamdullilah
kami diberi kesempatan berjumpa tokoh di Kulim, Kedah sewaktu beliau melawat
ahli keluarga di situ. Semasa pertemuan dengan beliau, dapat dilihat bahawa
beliau mempunyai ciri-ciri kepImpinan yang tinggi. Melalui cara percakapan
beliau sahaja dapat dilihat beliau merupakan seorang yang berwibawa. Beliau sedia
meluangkan masa menjawab persoalan-persoalan yang diajukan walaupun beliau
mempunyai banyak tugasan yang lain. Melalui ini, jelas dilihat bahawa beliau
seorang yang mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira pangkat.
Antara soalan
yang diajukan kepada beliau ialah sumbangan yang telah beliau lakukan untuk
memajukan kampung tersebut. Melalui jawapan yang diberikan , dapat disimpulkan
bahawa terlalu banyak sumbangan yang telah beliau lakukan, antaranya ialah
beliau telah memulakan perusahaan inap desa di kampung tersebut. Selain
daripada itu, beliau juga telah mengusahakan gelanggang futsal di kampung
tersebut. Selain daripada itu, beberapa
soalan peribadi juga ditanya. Beliau langsung tidak kekok untuk menjawab soalan
kami.
Setelah
selesai menanyakan semua soalan, beliau sempat berpesan kepada kami supaya
menjadi anak muda yang berguna kepada masyarakat. Tokoh juga berpesan kepada
kami supaya menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu bapa. Ternyata tokoh
merupakan pemimpin yang layak digelar pemimpin dan dijadikan idola oleh anak
muda.
No comments:
Post a Comment