Sistem
maklumat APA adalah singkatan kepada
American phycological Assiocation.
APA ialah satu set peraturan yang memudahkan para pembaca untuk merujuk untuk
pemahaman para pembaca. Sistem ini menitikberatkan tentang margin, ruang, dan
jenis huruf. Sistem dokumentasi APA selalunya digunakan di dalam bidang
pendidikan, ekonomi, psikologi, sains sosial, sains politik dan antrapologi. Melalui
sistem ini, tahun terbitan diberikan perhatian kerana mengutamakan terbitan
semasa. Selain daripada itu, nama semua
pengarang dalam senarai rujuk perlu dicatat sebagai penghargaan atas usaha
mereka menulis buku tersebut.
Seterusnya,
sistem APA memberi beberapa panduan yang perlu diikuti secara tepat. Contohnya penulis
perlu melangkau dua baris untuk setiap perkara dalam manuskrip. Namun begitu,
IPT di Malaysia telah membuat beberapa perubahan dalam system APA ini. Antaranya
ialah nama orang melayu tidak boleh ditulis mengikut system APA yang sebenar
tetapi diubah bersesuaian dengan nama dan budaya orang timur. Contohnya ialah
Jamilah Hassan tidak ditulis sebagai Hassan J. kerana Hassan merupakan nama
bapa penulis dan bukan nama penulis. Contoh
cara penulisan yang betul mengikut gaya APA :
Nama
pengarang : Charles J. Steward dan William B. Cash
Judul
buku : Interviewing Principles and Practices
Tahun
terbit : 2003
Nama
penerbit : McGraw Hill
Tempat
terbit : Boston
Cara
untuk menulis :
Steward,
C.J & Cash W. B (2003). Interviewing principles and practises. McGrawHill,
Boston.
No comments:
Post a Comment