A)
SATU
USAHAWAN BERJAYA DAN LIMA SIFAT KEUSAHAWANAN:
TUAN HAJI SHAARANI BIN ZAKARIA
Terdapat satu perusahaan kecil dan sederhana
(SMEs) yang telah mula beroperasi semenjak tahun 1987 yang pada awalnya telah
beroperasi hanya di sekitar kawasan utara iaitu di negeri Kedah. Perusahaan
kecil dan sederhana ini adalah dalam menghasilkan produk makanan seperti kicap,
sos cili dan juga cuka. Perusahaan ini telah dinamakan sebagai syarikat Mudim.
Perniagaan ini turut dikenali sebagai perniagaan Mudim Zakaria dimana orang
pertama yang menjadi pengasas syarikat ini adalah merupakan ahli perniagaan yang
mula meniaga ubat-ubatan yang tradisional hanya secara kecil-kecilan di kawasan
kampungnya yang terletak di kawasan Kedah juga yang bernama Tuan Haji Zakaria
Bin Arshad.
Disebabkan beliau telah mula berjinak-jinak
dalam bidang perniagaan ini, beliau telah mula mengembangkan perniagaan mereka
iaitu kepada pemprosesan kicap dan juga sos pada awalnya dan kemudiannya
bertambah kepada perniagaan cuka dibawah syarikat Mudim ini. Dengan berbekalkan
modal hanya sebanyak RM10,000 pada permulaan syarikat ini dimulakan, mereka
tetap berjaya meletakkan nama syarikat tersebut di dalam salah satu sektor
perindustrian kecil dan sederhana di Malaysia. Kejayaan awal yang mereka miliki
selepas dariada beberapa tahun bermulanya syarikat ini adalah pembalikan modal
yang sebanyak RM300,000 dimana peningkatan asset yang amat ketara berbanding
dengan pada awal syarikat ini bermula.
Syarikat Mudim ini telah dialihkan dan
diberikan tanggungjawab untuk meneruskan perniagaan tersebut kepada anak Tuan
Haji Zakaria Bin Arshad itu sendiri yang bernama En. Shaarani B.Zakaria. Beliau
merupakan pelajar lepasan tingkatan enam
daripada Sekolah Persatuan Belia Bimbingan yang telah mula menceburi bidang
perniagaan ini sejak awal 20-an itu lagi. Beliau ini merupakan anak yang ketiga
daripada lima orang adik-beradik dan telah dilahirkan pada 8 Oktober 1960.
Walaupun pada ketika itu syarikat ini masih lagi dalam proses kemajuan, tapi
beliau merupakan seorang yang sangat gigih dan banyak berusaha bagi syarikat
ini dikenali orang ramai.
1) MEMPUNYAI
VISI (VISIONARY)
Sebagai seorang usahawan yang berjaya, sifat visionary ataupun mempunyai visi perlu
ada dalam diri seorang usahawan. Hal ini kerana, usahawan yang mempunyai visi
ini tahu hala tuju yang ingin dicapai berdasarkan objektif dan matlamat yang
dirangka. Usahawan yang mempunyai visi membuat perancangan bukan sahaja untuk
jangka masa pendek tetapi juga untuk jangka masa panjang bagi mencapai matlamat
dan visi organisasinya. Sifat usahawan yang mempunyai visi ini dapat dilihat
dalam diri Tuan Haji Shaarani bin Zakaria iaitu pengurus Perniagaan Mudim
Zakaria (MUDIM).
Di awal usia 20-an, En. Shaarani telah
menceburkan diri dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar
daripada bapanya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan
dan mempunyai untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya
yang mendalam terhadap pengeluarankicap
dan sos, bapanya,Tuan Haji Zakaria bin Arshad memberi beliau galakkan dan sokongan
sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. En. Shaarani mempunyai visi
untuk menjadikan produk Mudim sebagai pengeluar produk yang berkualiti tinggi
dan HALAL untuk pasaran dalam dan luar Negara. Beliau menghadiri pelbagai
kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA,
FAMA dan SIRIM serta menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran
pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat
Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada
itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan
kepada produk Mudim bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar
negara juga. Ini membuktikan En. Shaarani telah berjaya meletakkan jenama
‘MUDIM’ di pasaran global malah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke
London - United Kingdom dan Arab Saudi. Hal ini membuktikan bahawa sifat
mempunyai visi En. Shaarani Berjaya menjadikan produk Mudim untuk mencapai
pasaran luar Negara Berjaya.
2) KEGAGALAN
ADALAH PILIHAN (FAILURE IS AN OPTION)
Usahawan yang mencapai kejayaan tidak
semestinya merasai kejayaan tanpa kegagalan. Kebanyakan usahawan yang terlibat
dalam dunia perniagaan akan menghadapi kegagalan sebelum kejayaan. Dan ada juga
diantara mereka yang terpaksa menghadapi pelbagai jenis dugaan ketika
perniagaan ini dilaksanakan. Usahawan boleh menjadikan diri mereka lebih
berhati-hati dan bekerja keras ke arah kejayaan dan mengambil pengajaran yang
baik dan peringatan kepada diri sendiri dan orang lain untuk digunakan sebagai
panduan untuk masa depan.
Apa yang boleh dilihat daripada usahawan
perniagaan Mudim ini adalah, apabila melibatkan sesuatu penghasilan produk
semestinya akan mempunyai terlalu banyak persaingain sebagai contohnya
perniagaan kicap juga iaitu kicap cap Kipas Udang dimana turut juga merupakan
suatu perniagaan yang terkenal dalam sektor ini. Oleh itu, apabila terdapat
persaingan yang hebat maka pengusaha Mudim ini sendiri akan mencari jalan atau
alternatif lain bagi meningkatkan hasil pengeluaran mereka dan apabila
pembalikan modal itu kemungkinannya tidak tinggi seperti bulan-bulan sebelum ini
tidak akan membuat mereka tertekan atau berputus asa kerana kegagalan
sememangnya telah menjadi sesuatu yang pasti di dalam bidang perniagaan ini.
3)
MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
Open risk taker atau berani mengambil risiko merupakan
ciri yang perlu ada dalam diri ushawan untuk berjaya. Kebanyakkan usahawan yang
berjaya berani mengambil risiko dan menghadapi kegagalan begitu juga dengan
pengasas Mudim iaitu Tuan Haji Zakaria bin Arshad dan disambung oleh anak
ketiga beliau. Perniagaan Mudim yang semakin berkembang maju ini dahulunya
hanyalah bermula sebagai pengeluar ubat-ubatan secara kecil-kecilan yang
diuruskan oleh pengasasnya sendiri iaitu Tuan Haji Zakaria bin arshad. Namun
begitu, Haji Zakaria mempunyai visi untuk lebih berjaya bukan hanya sebagai
pengeluar ubat kecil-kecilan. Dalam usaha mengembangkan perniagaannya, Haji
Zakaria seorang yang berani mengambil risiko dengan menukar bidang dari
mengeluarkan ubat-ubatan secara kecil-kecilan kepada pengeluaran produk
makanan. Oleh kerana itu, beliau mula mengeluarkan produk makanan seperti
kicap,sos dan cuka di bawah perniagaan MUDIM.
Walaupun terdapat banyak persaingan dalam pembuatan sos,
kicap dan cuka, beliau tetap dengan beraninya mengambil risiko memasarkan
produk keluaran perniagaan beliau hanya bermodalkan sebanyak RM10000 pada awal
perniagaan Mudim. Oleh kerana beliau berani mengambil risiko dengan hanya
bermodalkan yang sedikit, perniagaan beliau kini telah mengumpulkan asset
sebanyak RM300,000. Selain daripada itu, pengendali syarikat MUDIM juga berani
mengambil risiko memasarkan produk ke seluruh negara walaupun terdapat banyak
syarikat yang mengeluarkan produk yang sama. Usaha mereka berhasil kerana kini,
produk MUDIM semakin mendapat perhatian masyarakat.
4) PEMERHATIAN
(OBSERVANT)
Encik Shaarani merupakan anak ketiga kepada Tuan Haji
Zakaria bin Arshad yang mula-mula mengasaskan syarikat MUDIM. Tuan Haji Zakaria
memberi kepercayaan kepada anak beliau bagi meneruskan perusahaan yang telah
dijalankan oleh beliau. Di awal usia 20-an, Encik Shaarani telah menceburkan
diri beliau di dalam dunia perniagaan dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada
bapa beliau. Beliau berminat dalam bidang perniagaan dan ingin meneruskan
perniagaan bapa beliau kerana dari kecil beliau sudah didedahkan dengan
perniagaan. Beliau memerhati usaha bapa beliau untuk membangunkan perniagaan
dan secara tidak langsung telah menarik minat Encik Shaarani di dalam dunia
perniagaan.
Beliau begitu bersungguh-sungguh terhadap setiap kerja
yang dilakukan dan beliau telah menghadiri pelbagai kursus seperti MARDI,FAMA,
SIRIM dan sebagainya. Hal ini telah diperhati oleh bapa beliau lalu bapa beliau
memberi galakan dan sokongan kepada beliau dalam pengeluaran kicap dan sos
MUDIM. Berkat dari restu ibu dan bapa, beliau kini digelar sebagai usahawan
bumiputera yang mengeluarkan produk kicap,sos dan cuka MUDIM. Beliau telah
berjaya dalam menempatkan perniagaan MUDIM di kalangan pesaing di dalam
Malaysia. Dengan sokongan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal
Ehwal Pengguna (MDTCA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan MARDI, MUDIM akan terus
mantap dan terus maju ke hadapan dengan bertujuan meraih peluang-peluang yang
akan memberikan keuntungan kepada MUDIM di pasaran sehingga ke luar negara.
5) PROAKTIF
(PROACTIVE)
Setelah syarikat MUDIM ini diambil alih oleh anaknya, En. Shaarani juga turut mewarisi
kelebihan usahawan yang proaktif yang terdapat pada Tuan Haji Zakaria. Walupun
ketika itu hanya perniagaan keluarga yang diusahakan secara kecil - kecilan,
beliau tetap berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu
komited terhadap setiap kerja yang dilakukan
dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan
kesungguhannya yang mendalam terhadap
pengeluaran kicap dan sos, bapanya memberi beliau galakkan dan sokongan
sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut.
Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, En.
Shaarani telah menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang
berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia
Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu,
permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada
produkMUDIM bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara
juga. Ini membuktikan En. Shaarani telah berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ di
pasaran global.Kini, En. Shaarani merupakan usahawan bumiputera yang berjaya
menjadi pengeluar kicap, sos, dan cuka. Beliau juga berjaya meletakkan jenama
‘MUDIM’sebaris dengan pesaing yang lain di pasaran.
No comments:
Post a Comment